Sunday 28 August 2016

Kemerdekaan yang abadi


 Tanggal 31 Ogos merupakan keramat yang penting bagi setiap warganegara malaysia. Hal ini kerana negara telah mencapai kemerdekaan yang mutlak dari kuasa penjajah luar. Saban tahun kita sebagai rakyat malaysia meraikan Sambutan Hari Kenerdekaan dengan penuh semangat . Hal ini dapat dibuktikan setiap sekolah akan melasanakan program yang berkaitan dengan semangat patriotik iaitu bagaimana untuk melahirkan sifat cinta akan negara dalam diri setiap individu. Bukan itu sahaja kita juga dapat melihat peserta persembahan perbarisan membuat latihan untuk Hari Kemerdekaan secara bersungguh-sungguh. Saya tidak sabar untuk menantikan hari yang paling bersejarah buat negara bagi menghargai dan meraikan kemenangan yang dimiliki oleh kita hasil dari pengorbanan dan perjuangan pejuang tanah air yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan negara.

Sedar tidak sedar negara kita telah mencapai kemerdekaan yang ke 59. Persoalannya adakah kemerdekaan yang kita ada pada hari ini akan berkekalan buat selama-lamanya? Hal yang sedemikian tidak akan terjadi sekiranya rakyat malaysia bersatu hati. Kita akur degan kata kata muafakat membawa berkat akan tetapi mengapa gejala negatif yang berlaku pada negara kita hari ini semakin hari semakin bertambah seperti peningkatan pembuangan bayi dan penagihan dadah yang semakin teruk.Hal ini tidak akan terjadi sekiranya rakyat malaysia saling mengambil berat dan prihatin sesama sendiri. Percayalah bahawa negara tidak akan berjaya dalam apa bidang sekalipun jika rakyatnya tidak bersatu hati. Justeru itu slogan untuk kemeredekaan pada tahun ini adalah “sehati sejiwa”.
Tinggal beberapa sahaja hari untuk menyambut hari kemerdekaan sudahkah kita sudahkah kita membuat persiapan untuk menyambut Hari Kemedekaan seperti menghias kereta dan rumah dengan bendera Jalur Gemilang. Selain itu ,menukarkan bendera Jalur Gemilng yang baru. Saya berhrap agar rakyat malaysia memepertahankan kemerdekaan yang dimiliki dengan menanam sigat patrioitisme dalam diri seperti berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku.Seterusnyamempertahankannegara kita dari pengaruh ancaman luar agar pemikiran rakyat malaysia tidak dapat dikuasai penjajah luar. Akhir katadari saya “Selamat” Menyabut Hari Kemerdekaan yang ke 59 semoga Malaysia akan menjadi sebuah negara yang kekal aman dan damai.
Pesanan dari saya ajaklah ibubapa adik-adik semua yang melawat blogger ini sama sama meluangkan masa sedikit pada hari Rabu ini bersamaan 31 Ogos 2016 untuk menyambut Hari Kebangsaan manakala bagi yang sudah berkeluarga tu rajin-rajinkan diri untuk pergi ke Dataran Merdeka bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan pada hari tersebut.

Friday 26 August 2016

Hidup berkomuniti

Assalamualaikum hai korang semua harap semua sihat dan sentiasa dalam perlindungan dan kerahmatan Allah.This is my first post so I hope  uolls can give me support for what  all of my post.I'am a new blogger please give me positive feedback for me to improve my posting.